ULAR HITAM DALAM MIMPI ITU ADALAH JIN

Bagi mereka yang kerap bermimpi dibelit/dipatuk ular hitam,berhati-hatilah anda sebenarnya sedang diserang gangguan jin.Bukanlah bila kita bermimpi dipatuk ular itu petanda kita ingin dipinang oleh mana-mana lelaki.

RAWATAN MERINGANKAN JODOH..

Bagi kaum wanita diluarsana yang sukar untuk mendapatkan jodoh,anda boleh berikhtiar dengan kami melalui kaedah rawatan aura seri..

-Pelanggan bawa sebotol air mineral 1.5liter,9 kuntum bunga rose dan 9 biji limau nipis.
-Pelanggan akan dibacakan ayat al quran tertentu.
-Pelanggan minum dan mandi air serta bahan-bahan tadi 3 hari berturut-turut.
-Pelanggan beramal surah yusuf ayat 4 setiap hari.
-Badan akan terasa ringan dan wajah mula berseri setelah 3 hari rawatan.
-Rawatan ini mampu menawarkan segala gangguan jin didalam badan juga.

RAWATAN AURA SERI RM50
  
Rawatan aura seri ini menggunakan ayat suci Al Quran as-syifa yang dibacakan pada pelanggan dan bahan-bahan aura seri.

Khasiat rawatan aura seri ini ialah dapat menyingkirkan segala aura negatif pada badan, tenang fikiran, menambah keyakinan diri, fokus pada kerjaya, bisnes, menyerikan wajah, meringankan jodoh, menyembuhkan santau, sihir & saka.

Bahan yang perlu disediakan:-
- 2 botol kecil air mineral atau 1botol besar air mineral
- 9 biji limau nipis
- 9 kuntum bunga yang wangi
(seeloknya berlainan jenis @ setiap jenis 3 kuntum)

Pelanggan juga akan diberikan 1 botol toner aura seri PERCUMA untuk digunakan pada muka.

BERBEKAMLAH PADA SETIAP 17, 19 DAN 21 KALENDER ISLAM

Hari terbaik untuk berbekam adalah pada tanggal 17, 19 dan 21 pada setiap bulan Islam.  Terdapat hadis menceritkan, "Nabi berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 mengikut bulan Islam.  Nabi juga bersabda: "Berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 ialah penyembuh bagi segala penyakit."

Caj Rawatan yang Sangat Murah!!!
Bekam: 1cup=RM5     
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


BEKAM MERAWAT MASALAH JERAWAT


Jerawat muka terjadi apabila kita kerap mengambil makanan berminyak,permukaan kulit muka sentiasa terdedah dengan kotoran serta stress yang berpanjangan.Untuk mengatasi masalah ini dengan pantas anda disyorkan berbekam seminggu sekali dikawasan wajah dan tengkuk untuk memperbaiki kelancaran sistem aliran darah serta memperbaiki tekstrur kulit wajah.


 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

PESAKIT KENCING MANIS JANGAN TAKUT BERBEKAM


Kaedah bekam kami menggunakan kaedah tusukan jarum yang halus dan luka bekam pun cepat sembuh,jadi pesakit kencing manis tak perlu gusar/was-was untuk berbekam yer.Khasiat berbekam ialah dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan juga memperbaiki organ pankreas dari masa ke semasa supaya kelak insulin akan dapat dihasilkan semula,insyaAllah..


 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


BERBEKAM ADA PENYEMBUHAN

Diriwayatkan daripada 'Ashim bin Umar bin Qatadah yang menceritakan: Jabir bin 'Abdullah r.huma. telah menziarahi al-Muqanna'.  Jabir berkata kepadanya, "Aku tidak akan meninggalkanmu hinggalah kamu berbekam.  Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya pada berbekam ada penyembuhan."

(Riwayat al-Bukhari, Kitab ath-Thib: no. 5697)


DARAH BEKU AKIBATKAN STROK

Jika jantung tidak mengepam seperti yang sepatutnya, darah boleh berkumpul dan membentuk darah beku.  Darah beku ini boleh bergerak ke seluruh aliran darah ke otak dan menyebabkan strok.

Dengan berbekam mampu melancarkan perjalanan darah anda.

KHIDMAT DOA SELAMAT,RAWATAN RUQYAH DAN PAGAR RUMAH KAWASAN SHAH ALAM RM80 SAHAJA


Bagi penduduk Shah Alam yang inginkan khidmat kami

-Bacaan doa selamat
-Bacaan ruqyah pembatal seisi keluarga
-Scan gangguan jin pada badan/pejabat/kedai
-Pagar rumah/kedai/pejabat

Semua khidmat diatas hanya RM80 sahaja terhad kepada penduduk Shah Alam/ Klang
sila SMS Utz Khairul 013-326 8047 
atau ustaz Zul 012-9181195 untuk temujanji.
ONCALL URUTAN

JOM RASAI URUT TRADISIONAL KELANTAN...


Dibawah ini kami senaraikan tukang urut yang berasal dari Kelantan untuk khidmat urut tradisional satu badan untuk kaum lelaki/wanita..

Utz Zul 012-918 1195 RM50/jam 11pg-10mlm
Rasyad 012-936 6520 RM50/jam 10mlm-12tmlm
Ana 019-440 8150 RM50/jam 11pg-10mlm

Sila SMS segera untuk merasai kepakaran urutan mereka!
URUT SERVIS BATIN
RM80.00

URUT SERVIS BATIN RM80
Ini adalah satu kaedah urutan bagi lelaki yang inginkan alat sulit mereka mantap setiap masa, orang lelaki di luar sana disyorkan untuk mendapatkan rawatan ini sekali setiap bulan secara konsisten bagi menjamin kesihatan batin anda mantap berkekalan. Pelanggan akan di urut pada alat sulit dan pinggang selama 30 minit dan kemudian pelanggan juga akan diberikan minum secawan glukose dan maajun untuk buang angin. Sebotol TONGKAT ALI, MINYAK DHOB atau/dan MINYAK ZAITUN DARA akan diberikan percuma.

Teknik Urutan Batin
“Apa yang kami lakukan ialah mengurut bahagian badan yang mempunyai kaitan dengan anggota sulit itu dan mencari urat di sekitar alat sulit pelanggan untuk ‘dibetulkan’.
“Ia sama ada mengurut untuk membuang angin, membetulkan urat atau memecahkan lemak. Urutan batin tidak bertumpu kepada bahagian zakar dan buah zakar semata-mata.
“Sebaliknya antara bahagian badan lain yang terlibat termasuklah pinggang, peha, labu atau belakang betis, tapak kaki, bawah buah zakar dan bawah pusat sehingga ke zakar.
“Seharusnya, ketika diurut pelanggan akan berasa sakit dan senak kerana teknik mengurut adalah sama seperti mengurut bahagian badan yang lain.
Pendakwah bebas dan pakar motivasi kekeluargaan, Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula menjelaskan, urutan batin yang dilakukan semata-mata untuk berseronok adalah haram.
“Jika seorang lelaki itu mengalami masalah lemah tenaga batin, ia akan menjadi satu bentuk penyeksaan kepada isteri kerana tidak mendapat nafkah batin.
“Dalam keadaan itu, kalau lelaki berkenaan tidak berubat maka isterinya boleh meminta fasakh daripada suaminya. Itulah tahap keseriusan keadaan ini.
“Hukum berurut batin jatuh dalam kategori harus jika ia berkesan memulihkan masalah kesihatan dan keharmonian rumah tangga.
Zakar lebam
“Bagaimanapun sekiranya urutan batin tidak mampu menyelesaikan masalah dan sebaliknya cenderung ke arah kepuasan seksual, maka hukumnya haram,” kata Wan Akashah.
Jelas Wan Akashah, urutan batin ke atas lelaki tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita kerana ia melibatkan alat sulit.
Wan Akashah turut menyuarakan kebimbangannya terhadap segelintir suami yang cenderung mendapatkan urutan batin onani kerana ia boleh menyumbang kepada kepincangan rumah tangga.
“Bayangkan si suami lebih puas ‘berurut batin’ di rumah-rumah urut berbanding ketika bersama isteri sendiri,” kata beliau.
Katanya lagi, banyak masalah baru akan timbul apabila suami sudah tidak berkeinginan terhadap isteri masing-masing.
Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Tambi, 59, menyangkal kebenaran kelebihan mengurut zakar.
“Mustahil urutan dapat membesarkan, memanjangkan, memulihkan mati pucuk, mahupun meningkatkan prestasi zakar seseorang.
“Ini kerana anggota sulit ialah organ vaskular (yang dipenuhi salur darah) dan tidak boleh diurut. Ia sama seperti bahagian leher dan buah dada.
“Tidak mustahil masalah batin mereka itu berpunca daripada penyakit lain seperti kencing manis, ketidakseimbangan hormon atau tekanan darah tinggi.
Kepada yang mempunyai masalah sedemikian sila hubungi wakil pusat kami untu mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.


UBAT KUAT JENIS HERBA vs UBAT KUAT JENIS DADAH
 PERANGSANG

Ubat kuat sudah sinonim dengan kaum lelaki kerana kemujaraban ubat kuat tersebut dapat sedikit sebanyak membantu tahap ereksi dan melambatkan pancutan semasa melakukan hubungan seks.

Ubat kuat yang disyorkan untuk orang lelaki ialah ubat kuat jenis herba,ubat kuat jenis ini mudah didapati dimana-mana kedai jamu tradisional orang indonesia seperti di chow kit dan banyak lagi.Ubat kuat jenis herba tiada kesan sampingan,ia hanya membuatkan badan anda suam sahaja,selepas sejam anda mengambilnya kesan mengeras pada zakar dapat dirasai serta merta.Untuk mengelakkan badan anda terasa suam dan dahaga,saya syorkan anda minum 2 gelas air suam selepas mengambil ubat kuat jenis herba ini supaya suhu badan anda normal dan tidak suam-suam.

Bagi ubat kuat jenis dadah ini,ia juga mudah didapati di Jln Masjid India KL dan di kaki lima jalan.Kebanyakan ubat kuat ini diimport dari China dan kebanyakannya juga adalah tiruan.Kesan ubat kuat jenis dadah ini amat kuat berbanding jenis herba kerana ia membuatkan zakar anda tegang selama 40min-sejam lamanya.Zakar yang tegang terlalu lama akan membuatkan urat-urat zakar mengalami kerosakan kekal dan selain itu juga bagi kaum lelaki yang mengalami masalah sakit jantung,ia akan boleh membawa maut.Kesan awal pengambilan ubat kuat jenis dadah ini ialah kepala anda akan terasa sedikit pening dan degupan jantung anda agak kencang dari biasa.


RASULULLAH SAW pernah bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat" (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
RASULULLAH SAW pernah bersabda: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” (Hadis Sahih Al-Bukhari)

PETUA RAWATAN LEMAH SYAHWAT





-Campukan 1 sudu serbuk kayu manis bersama 3 sudu madu tualang asli serta setengah cawan air suam untuk dibuat minum.

-Rebus separuh masak telur ayam kampung 2 biji untuk dibuat makan.

Semua bahan-bahan diatas tadi perlu diambil setiap pagi selama 3 hari berturut-turut,insyaAllah masalah syahwat dan ereksi anda sembuh.

URUT PERSEDIAAN PERKAHWINAN

URUT PERSEDIAAN KAHWIN RM160 (2hari) 
Urutan ini adalah untuk menjamin bakal-bakal pengantin baru supaya tidak mudah tewas di atas ranjang dan juga dapat menguatkan dan menyihatkan anggota batin mereka amnya. Pelanggan akan diurut pada pinggang dan alat sulit selama 30minit dan kemudian pelanggan akan diberikan minum secawan glukose dan maajun buang angin.  Urutan dilakukan selama 2 hari berturut-turut, selesai sesi urutan anda akan merasa darah berjalan dengan lancar disekitar zakar.  Sebotol TONGKAT ALI,MINYAK DHOB atau/dan MINYAK ZAITUN DARA akan diberikan percuma setiap kali sesi urutan.

URUT PULIH BATIN
bahaya jika lemah!
URUT PULIH BATIN RM160 (2hari) 
Urut pulih batin bermaksud rawatan khas bagi mereka yang bermasalah zakar kurang keras, cepat pancut dan juga kurang nafsu syahwat. Pelanggan akan diurut pada pinggang dan alat sulit selama 30minit dan kemudian pelanggan juga akan diberikan minum secawan glukose dan maajun buang angin.  Urutan ini dilakukan selama 2 hari berturut-turut, selesai sesi urutan anda akan merasa aliran darah disekitar zakar berjalan dengan lancar, sebotol TONGKAT ALI, MINYAK DHOB atau/dan MINYAK ZAITUN DARA diberikan percuma setiap kali sesi urutan.

KENALI PUNCA-PUNCA TERKENA SIHIR


40 Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Dan CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

DEFINISI SIHIR
 Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.
  40. Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah ...mari amalkan


JANA PENDAPATAN RM2K SEBULAN SEBAGAI JURUBEKAM P/TIME

 

MUDAH!!!
-Tidak memerlukan peralatan yang banyak.
- Memadai dengan membeli katil bekam dan UV Sterilizer (alat infra mematikan kuman)
- Rawatan boleh dilakukan bila-bila masa bergantung pada kelapangan anda.
- Kos amat rendah!
- selanjutnya akan kami maklumkan apabila hadir kursus.
Booking sekarang sebelum terlambat!

KURSUS JANGKA PENDEK 
(Belajar membuat rawatan)

Kepada yang berminat sila maklumkan dengan segera untuk
tetapkan masa & tarikhnya kepada En. Zul 012-9181195
Pusat rawatan bertempat di Shah alam 

JENIS KURSUS YANG DI SEDIAKAN:
Kursus bekam
Kurssu ruqyah (merawat sihir/ilmu hitam)
Kursus AURA SERI
Kursus Urutan & rawatan batin (lelaki sahaja)